Thursday 22 November 2012

KEEP SMILING :)

ASSALAMUALAIKUM

Hai readers yang comey dan kacak . Ce senyum sikit . Senyum sampai nampak gigi tau . Walau pun dah takde gigi . 

Seriously , senyum lah walaupun anda sakit untuk tersenyum . 


tak caye ?? korang cuba la senyum hari hari . 






Senyum Itu Sedekah sayang . so , jangan kedekut untuk tersenyum . bukan kena bayar pun .


Zaman dulu-dulu aku suka cakap ayat nie kat budak tu . tapi sekarang aku dah tak boleh nak cakap kat dia . 
tapi takpe . Awak . kalau 'awak' terbaca entry nie , anggaplah saya cakap kat 'awak' setiap pagi ehh.
and one day , every morning , aku nak cakap ayat nie kat 'future imam' aku .  hehehe

and now , aku nak korang anggap aku cakap kat korang every morning you wake up from your bed :)





sori lah kalau sape sape yang pernah terserempak dengan aku , aku tak senyum . bukan sombong tau . belum kenal belum tahu . dah kenal baru tahu aku macam mane . sebab mostly yang aku jumpe , semua cakap aku 'kerek' . tapi dah kenal tak sangka yang aku nie 'gila' jugak . Dari aku stay hostel lagi time sekolah menengah dulu  . Junior yang baru masuk semua takut nak tegur Kak Miza dorg nie . dah tegur baru kau tahu senior korg nie camne . TAK GARANG OK (*yela tu) . So , don't judge a book by cover . Prinsip aku senang je . Time study , study . Time main , main . Time jalankan tanggungjawab , take serious . Sape yang kena sembur ngan aku tu , faham faham je la aee . bukan sengaja , tapi mengajar dan belajar dalam menjalankan tanggungjawab masing masing . 

JUST KEEP SMILING AND ONE DAY LIFE WILL GET TIRED OF UPSETTING YOU :)


Monday 19 November 2012

Be Careful ye Wahai Hati

ASSALAMUALAIKUM ...


you know ?? this question is almost pupular la kan di kalangan korang yang putus cinta or when your heart is hurt by someone . you will down and down and down and teruskan lah dengan kejatuhan korang tu . korang ingat semua orang nak kisah pasal korang kena dump tu . 
*ok . gaya cakap macam tak penah kena dump . haha
tapi korang sedar tak yang korang ada ALLAH . Dia sentiasa ada dengan korang bila korang jatuh walaupun takde satu umat kat dunia nie ambil tahu pasal hal korang . chill la . aku pun penah kena kott . tengah nak final pulak tu . memang aku rasa macam nak bunuh je mamat tu . tapi kalau aku bunuh , bukan aku dapat apa . dosa lagi ade . dah la masa bercintun cintun dah berdosa . tambah lagi dosa . taubat taubat . 





and korang mungkin akan diuji lagi dan terus diuji dan terus terus diuji untuk kena dump . so , remember . its only ujian yang ALLAH bagi kat korang . ALLAH nak uji sama ada korang ingat Dia ke tak bila datang seorang insan yang bernama KEKASIH untuk kali ke dua dan seterusnya . so , jaga lah hati korang . jangan mudah sangat cair dengan janji janji manis yang kononye boleh sampai kencing manis . itu semua nya penyakit . 


get it ?? well . kepada boys yang kat luar tu . sudah sudah lah men 'dump' anak dara orang . tak baik untuk kesihatan hati dan rohani korang . korang jangan bengang pulak kat aku . sebab aku perempuan la aku back up kaum aku . bukan aku nak cakap lelaki je . yang perempuan nie pun sama . masing masing boleh fikir mana baik mana buruk . so , think it . you will get the only one for you :)



# entry nie aku ingatkan diri aku juga . aku pun pernah buat silap . so, please forgive me for all my mistakes . keep smile on me ya :)



Thursday 15 November 2012

BERUBAHLAH . BERAZAMLAH

ASSALAMUALAIKUM . .  :)

Senyum dulu baru teruskan bacaan ye :)
Ramai antara kita yang lupa akan satu muharram merupakan tahun baru islam . tapi kita tidak pernah lupa akan satu januari . kenapa jadi begini ?? tepuklah dada, tanyalah iman . 

Maal hijrah merupakan satu sambutan untuk menghayati peristiwa hijrah Nabi Muhammad S.A.W dari mekah ke yathrib atau kini dikenali sebagai madinah . 

Pada kebiasaanya malam awal tahun seluruh umat islam akan membaca doa akhir tahun sebelum maghrib sebanyak 3 kali dan doa awal tahun akan dibaca selepas solat maghrib sebanyak 3 kali . 

Pesanan buat sahabat sahabat dan diri yang khilaf ini , 

Bergantunglah harapan kepada Allah agar amalan yang kita lakukan diterima dan menjadi benteng penyelamat di akhirat kelak . Berazamlah untuk berubah menjadi lebih baik dari tahun sebelumnya . niat kan di dalam hati , tanamkan azam yang tinggi untuk berhijrah daripada kemungkaran kepada kebaikan . berhijrahlah untuk jadi lebih baik di sisi Allah . Ingatlah , Allah tidak pernah lupa akan hamba hambaNya tetapi , hamba-hambaNya yang sering alpa sehingga melupaiNya . 



Sunday 11 November 2012

hangout with girlsss



kumpul kat JJ









  
muka muka happy 
mira , chik , amy , shasha , ehem ehem , opie

baru sampai tasik
adik dayah , mira , eton , aku , dayah , chik , opie , anne and shasha
mira eton , adik dayah (tk tahu name)
opie , chik , amy
tirah and dayah




mira and eton
aku and opie
tirah and adik dayah

aku dan opie

amy and techik ...
techik nampak happy di situ
champion kayaking 


selepas meredah onak dan duri tasik shah alam

muka muka mahasiswi berjaya :)

gorgeous and beautiful


sebelum berpisah

dari JJ ----> tasik shah alam ------> berkayak -----> balik ke rumah masing2

thanx korang sangat sangat sebab spend time untuk gather ramai2
aku tak sangka kita still boleh kumpul macam nie lepas semua dah bertebaran di seluruh negeri kat malaysia nie . 

THANK YOU KEPADA :

<3  shasha and tirah , even korang penat sebab baru balik dari UTHM and matrik , korang still turun . love banyak banyak <3 <3

<3  techik a.k.a balqis . even kau demam , kau still boleh turun . rasa nak nanges kejap boleh tak . terharu :')

<3 eton and mira . even kita boleh jumpa dekat UiTM , sebab nak jumpa others , you all turun jugak . peace :)

<3 shasha , amy , anne . . terima kasih kepada anda bertiga kerana menjadi driver tak bertauliah kepada kami kami ini . hehehe . walaupun sesat , walaupun tak lepas touch n go , walaupun kne reverse 2x . lepak laaa . benda normal . hahaha . 

<3 dayah kerana melapangkan masa anda dengan kami kami ini 

<3 adik dayah juga kerana menjadi photographer tak rasmi ktorang yang bermacam ragam nie :)

KEPADA YANG TAK DAPAT JOIN :

GUJIEL a.k.a ziela , even kau tak dapat join ktorang , its ok dear . we will send you to the airport . bulan 3 kan nak jadi orang german :)

peng , fad , yana and meen . . kalau ada jodoh kita jumpa ye  :)


and lastly , hopefully can meet you guys for the next time  . . 





Tuesday 6 November 2012

DEFINISI HIDUP DALAM HIDUP KORANG

ASSALAMUALAIKUM

apa definisi HIDUP dalam HIDUP korang
apa matlamat korang HIDUP di dunia nie
apa yang korang nakkkkkk sangat dalam HIDUP korang
apa yang korang rasa kalau perjalanan HIDUP korang 
tidak sama dengan apa yang korang nak 
apa yang korang rasa kalau HIDUP korang asyik kena dump je


adakah HIDUP korang hanya untuk gembira ??
adakah HIDUP korang hanya untuk bersuka ria ??
adakah HIDUP korang hanya untuk bersenang lenang ??

adakah korang akan sedih ...meraung ..menjerit sampai hilang suara ...
bila tidak dapat apa yang korang nak ???

TAPI 

pernah tak korang terpikir yang HIDUP kita macam pelangi ??
muncul selepas hujan

pernah tak korang terpikir yang HIDUP kita macam roda ??
yang di atas bukan selalu berada di atas . 
dan yang di bawah tidak semestinya sentiasa di bawah .

pernah tak korang terpikir HIDUP macam laut ??
ada pasang surut nya

yang penting kat sini 
HIDUP kita tidak selalu cerah
kadang kadang pasti ada hujan
hujan yang turun selebat lebatnya
cuma cara seseorang tempuh hujan yang lebat tu bagaimana

ada yang guna payung
ada juga yang hanya guna surat khabar
ada yang guna baju hujan

bagaimana cara sekalipun kita menghadapinya
itu adalah cara kita
yakin pada diri sendiri yang anda boleh menghadapinya
ALLAH itu MAHA ADIL
tapi korang kena ingat
Usaha tanpa Doa 
ibarat tanam pokok tanpa baja








*tiba nak ter 'feeling' pulak petang2 macam nie . 


















Sunday 4 November 2012

leaders are learners :)

penat ber camping tak habis lagi . kaki masih lenguh akibat ketuk ketampi yang aku tak tahu bape kali  sebab kena denda . cium pokok sambil nyanyi lagu uitm . nasib baik tak kena guling dalam air . dah la tepi laut . then hujan pulak tu . kalau guling memang basah lokos la jawabnya . aku nak cite pasal aku camping hari tu . tapi bukan entry nie . next entry k . macam macam aku nak cite sebab macm macam yang aku dapat dari camp tu . nama pun kem kepimpinan kan . pape pun , kem tu kem yang pertama yang aku pergi yang uji kekuatan mental ngan fizikal aku giler2 punye . memang motivate and sangat sangat memerlukan disiplin yang tinggi . PPP and Urusetia semua awesome !!!