Thursday 1 June 2023

APPLIED CHEMISTRY VS PURE CHEMISTRY

 

Assalamualaikum gais.


Since dah meninggalkan blog dari 2015, tiba2 ada kesedaran untuk update selepas hampir 10 tahun. sebab dah lupa password dengan guna email yang mana. makanya tak dapat la nak mengupdate any story about degree life. Sebab once kau masuk degree, tersangat lah busy tak cukup tanah nak berjalan.

So baru lepas cuci2 aku tengok post aku berkenaan kehidupan degree tersangat lah banyak enggagement. Every year mesti ada DM masuk kt twitter sebab link tu je aku sempat update sebelum aku busy dengan kehidupan degree. Komen pun aku asyik lupa je nak reply. nak reply macam mana kalau nak log in pun tak boleh.

So make it short. mostly dari komen yang aku baca semua nya tanya tentang perbezaan antara APPLIED CHEMISTRY dan PURE CHEMISTRY.

So here we go. Aku explain atas kapasiti pengalaman dan pengetahuan aku je. Yang selebihnya korang boleh google jugak. Sebagai Alumni Bachelor (Hons) in  Applied Chemistry from UiTM, aku boleh kata kos ni agak tough. 

Dari segi peluang pekerjaan, awalnya aku ingat kursus ni lebih luas peluang pekerjaan  berbanding Pure Chemistry. Tapi itu yang aku faham masa aku belajar dulu lah. Bila aku dah grade tahun 2018, sebenarnya peluang pekerjaan antara Pure Chemistry dan Applied Chemistry lebih kurang sama. Tak ada banyak beza pun. Ni atas pemerhatian aku daripada kawan2 dari Pure Chem and Applied chem.  Ada yang dapat jadi chemist, yang jadi chemical engineer pun ada walaupun tak ambil chemical engineering. Tetapi mengikut pengalaman aku jugak, kalau kau pergi interview untuk bekerja nanti, kalau ada dua candidates dari applied chem dan pure chem, dia akan berat kepada pelajar lulusan applied chem sebab applied chem ni subject cover dia memang dah more specific to industry. Pure chem ni dia mcm masih samar2 dan masih terlalu general. Dan melalui pembacaan aku, kebanyakan universiti dah drop kos-kos macam Pure Chemistry, Pure biology dan Pure physics sebab terlalu general. 

Mostly kebanyakkan ex-coursemate (APPLIED CHEMISTRY) aku dulu, kebanyakkan nya memang dah jadi chemist. ada yang jadi chemist R&D dekat pharmaniaga, ada yang jadi chemical engineer. Aku? sempat la jadi chemist 2 tahun lebih lepas grad. Nanti aku cerita dekat post lain pengalaman kerja sebagai chemist dan tahap gaji as chemist dekat malaysia ni.

Selain dua kos ni, kepada yang minat dengan chemistry tapi nak more specific, korang boleh try apply untuk kursus kimia persekitaran dan kimia forensic. Tapi aku taknak sembang pasal kos ni sebab aku tak ada pengetahuan mengenai apa yang akan korang belajar daripada dua kos ni. 

korang boleh DM aku kat twitter kalau nak tanya apa2. tekan je link tepi tu. twitter masih sama. @mizakmrzn. nak komen kat bawah pun boleh. nanti aku perasan aku reply lah ye 😊



No comments:

Post a Comment