Sunday 29 July 2012

love is an experiment



ASSALAMUALAIKUM  :)



hyep . mesti korang macam teruja giler bace title post aku yang nie.(perasan sekejap) alaaaa. aku boleh kerat jari la kalau budak budak cam korang nie tak excited dengan cinta. especially budak budak sekolah yang nak meningkat ke alam universiti. aku tkde topik pun nak update post baru sebenarnya. Tapi hari tu keluar berbuka puasa ngan classmate aku + miss BIO . balek kolej malas nak naek bas UiTM ,aku and the gang tumpang kereta MISS BIO . kawan aku yang kaki sakat lecturer tu, boleh pulak pergi tanye miss aku tu bile nak kahwin . calon dah ada ke belum. and aku suka jawapan miss aku tu.

'alaaa. jodoh tak sampai lagi. takyah nak terburu-buru sangat . Belum tentu yang dah bercinta bagai nak rak sampai 10 tahun tu kahwin. ''

dan jawapan yang paling paling paling aku love sangat 

''cinta nie macam experiment''

and aku pun terus ada idea nak update blog nie. kalau pikir balek cinta memang macam experiment  . tak caye ??? bace sampai habes. 




LABORATORY REPORT

CINTA XXX

INTRODUCTION OF LOVE


NAME                              : BUDAK-BUDAK YANG TAK RETI BAHASA
GROUP                           : MEREMPAT
ID NUMBER                    : 0123456789
NO OF EXPERIMENT   : UNDEFINED
LECTURER’S NAME     : MISS DRHEARTYMZA ( oppppssss)



_________________________________________________________________________________


OBJECTIVE
To find MR or MRS RIGHT

MATERIAL
Your heart
your eyes
your mind
all your sense
hehe :)

PROCEDURE

1) guna korang punya mata telinga dan sume sense yang korang ada untuk cari MR or MRS RIGHT korang.
2) kalau dah jumpa, sila lah korang bagitahu mak bapak korang . jangan nak syok sendiri. nanti experiment korang confirm failed sebab banyak error.
3) kenal masa bertunang tapi jangan lebih-lebih. faham kan maksud aku ??
4) amek masa 2-3 minggu, then kahwin (cepatnya miza oooiiii.. HELLO..aku memang taknak tunang lame2. harap maklum)
5) then forever happily with your husband and your descendent.

PRECAUTION AND ERROR

1) jaga hati . jaga iman . tawakal . yakin pada ALLAH
2) jangan campur ngan bahan kimia lain. nanti korang punye result tak consistent
3) jangan nak emo sangat kalau result korang failed . repeat till korang dapat consistent result
4) jangan nak keluar everytime,everyday, and segala jenis every. kemungkinan besar result korang akan failed sebab your partner dah bosan ngan korang.




nie kalau result korang berjaya



                                                         




kalau result korang failed . plizzz lah . aku mohon sangat jangan sedih
ALLAH tahu apa yang terbaik buat kita


aku pun pernah sedih .
take your time untuk bersedih
tapi jangan sampai iman kita goyah
and MUHASABAH DIRI kita oke

                     
CONCLUSION


                                    



                                                      



 *maaf..BI aku memang teruk, korang paham paham je la. rase macam tengah lab report and diri sendiri tak sedar esok ada quiz chem . waaaaaaa >.<




Saturday 21 July 2012

ramadhan terakhir



Assalamualaikum Wahai Hamba



ramadhan datang lagi
dan mungkin untuk yang terakhir kali
mungkin juga kita tidak sempat untuk menghabiskan bulan ramadhan kali ini
oleh itu,jadikanlah setiap hari yang kita berpuasa ibarat hari terakhir kita berpuasa
jangan lalaikan diri kita untuk perkara perkara yang tidak sepatutnya
mungkin ada yang di luar sana hanya melakukan ibadah puasa
tetapi solatnya hanya dipandang sebelah mata
wahai sahabatku
ingatlah..
solat itu tiang agama
jika rosak tiangnya,rosaklah keseluruhannya
aku di sini juga hanya hamba ALLAH yang lemah
yang sentiasa alpa dengan dugaan dan godaan duniawi
syaitan telah diikat
tetapi mungkin kita lupa
ada nafsu yang bermaharajalela dalam diri kita


yesterday im not feeling well
lagi lagi baru sampai rumah dari UNI
then aku cakap ngan mak aku,aku tak larat nak turun tarawih. guess what ?? my angah tell me.
''kak miza larat .cuba kak miza bayangkan bila kak miza mati,roh kak miza jalan dari awal kak miza hidup sampai kak miza mati. then bila dia tengok kak miza tengah baca doa dia happy.tapi bila kak miza tengah tengok tv ke,buang masa ke, mesti dia sedih. kak miza larat punya.''
and aku pun turun.alhamdulillah. Tarawih pertama untuk tahun nie selesai .
semoga ALLAH izinkan aku untuk aku laksanakan tarawih aku yang seterusnya . AMIN



aku tengok youtube tadi
then search2 aku terjumpa video BIDADARI DUNIA
sangat menginsafkan
sangat menyentuh jiwa
sangat menyedarkan kita
terutamanya muslimah di luar sana yang masih tidak berhijab
mungkin video ini bisa membuka hati anda untuk mula berhijab
berubahlah sebelum terlambat
aku juga berpesan kepada diri sendiri
aku sedar diri ini belum cukup baik untuk orang lain
tapi jadi terbaik untuk diri sendiri tidak salah
jadikan ramadhan kali ini ramadhan yang terbaik untuk kita


Saturday 14 July 2012

BUKAN SENANG TAPI TAK SUSAH



ASSALAMUALAIKUM semua sayangku :)



Cantiknya Wanita Itu Sebagai MUSLIMAH

Bukan Kerana Keindahan Paras Rupa
Sehingga Menjadi Igauan Mata

Tetapi Berpegang Akidah Solehah
Disebalik Tirai Jiwa...
Mengandam Rindu Kekasih Pasrah Di Atas Sejadah
Mengharap Keredhaan Kehidupan Awana 



lamenye la tak update
nak update tapi malas nak tulis
bila rajin ada banyak assignment pulak
oke2.back to the topic
hmmm..aku lepak ngan member aku semalam
macam mane ntah boleh timbul cite pasal cinta nie
jangan salah sangka
aku ngan dia memang kawan je
tak boleh bercinta and takkan bercinta
aku pun memang tak nak bercinta before kawin
dah bercerita cerita,aku tanye die
''kau suka perempuan yang macam mane??''
yelaaa. dia sorang je kawan aku yang aku rase boleh tanye bnde macam nie
then nak tahu ape dia cakap??
dia cakap kat aku macam nie
''hmmm. bagi aku la, aku suka perempuan yang pendiam. tak banyak cakap. sebab perempuan yang tak bayak cakap nie,banyak rahsia yang bila kita dekat dengan dia,kita akan tahu lebih banyak rahsia dia dari orang lain,alaaaa. macam special sikit la. orang lain tak tahu, kita tahu.''
serius aku tak sangka yang dia suka girl yang macam tu sebab dia tu...hmmm
amatlah tidak macam tu.. maaf kepada kawan aku tu kalau dia terbaca entry aku nie
tapi aku rase dia tak baca..hehe
point aku kat sini
lelaki memang kita tak boleh nak jangka yang dia suka girl yang jenis macam mane
yang penting, kita sebagai perempuan jage diri kita masing2
tapi bila kawan aku tu dah cakap macam tu
dan aku pun tak de la sebaik tu
serius aku dah memang tak nak lepak ngan dia dah
bukan sebab dia cakap macam tu
tapi sebab perempuan yang baik , untuk lelaki yang baik
dan lelaki yang baik untuk perempuan yang baik
and aku nak jadi perempuan yang baik untuk mendapat lelaki yang baik
itu memang lumrah hidup
thanx jugak kat kawan aku tu yang mungkin dah sedarkan aku pada banyak benda
perempuan bukan hanya tutup pada auratnya
tetapi pada pergaulannya
aku taknak orang pandang aku
alaaaa.pompan nie
nampak je macam baik tapi lepak ngan laki
ohhh tidak
aku bukan lepak dua orang pun.. ngan member aku jugak kot.perempuan
so, aku tak rase benda ni boleh jadi point
tapi, mulut manusia kan.sape boleh tutup.
tapi bila pikir mulut manusia tak boleh tutup
baik aku tak buat benda yang boleh buat mulut manusia terbuka
insyaALLAH..dalam proses untuk menjadi lebih baik dari hari ini
aku megaku bukan senang, tapi tak susah
mengharap teguran dari sahabat2 saya





YANG BAIK DATANGNYA DARI ALLAH
YANG BURUK DATANGNYA DARI KEKHILAFAN DIRI SENDIRI





Thursday 5 July 2012

PELANDUK DUA SERUPA

ASSALAMUALAIKUM ...

Lelaki A : tengok pompan kat sane tu, ko nampak tak ??
Lelaki B : mane2 ??
Lelaki A : tu. yang kat tepi padang tu. nampak tak?? pakai tudung biru tu. kau nie. dah ade 4 mata pun tak nampak ke?? masalah la cmnie.
Lelaki B : mulut kau . insurans pun tak larat nak bayar. cakap org, kau pun ada mata 4 jugak. ye!! aku nampak. apsal ?? kau nak usha ke ??
Lelaki A : tak la. her face. sebijik macam makwe aku dulu . makwe yang aku memang sayang giler la kan. tp tkde jodoh nak wat macam mane. redha je la.

for the girl, just tukar LELAKI ke POMPUAN oke ?? and tudung tu tukar la pape yang korang rase sesuai dengan lelaki idaman korang. and mkwe change to pkwe or balak

MOTIF ??
motif aku ???
saje je . 
aku nak opinion korang je . 
ape yang korang rasa. 
ape yang korang nak buat dan sewaktu dengannye la.
okee. beginning the story...........
once upon a day...... (macam mane aku nak start nie eqk)
straight je la miza oooiii. kesian dorang tunggu motif kau tulis entry nie..

hmmmm. oke. (tarik nafas panjang panjang sume)

macam nie. misal kate la kan, korang dah pernah kapel or suka or minat or whatsoever yang sewaktu dengannye la. either for girls or boys (jangan songsang dah ler) ,and korang memang SAYANG giler kat dia.
one day korang gadoh besar. whatever la korang punye perang tu sebab ape, janji korang gadoh sampai dah tak boleh nak cntct langsung sebab benda tu sangat hurt your heart. but y'ollzz still sayang dia and memang susah giler nak lupakan dia. tapi korang cuba dan cuba dan cuba lagi(macam lagu cuba lagi tu) untul lupakan dia dan korang hampir berjaya 99.99 %. lepas 6-7 bulan korang lost contact, suddenly, korang terserempak guy or gurl yang memang sebijik macam dia. tapi bukan dia la. cuma sebijik tanpa ada sikit pun beza. memang sebijik laa senang cite. 

oke2.contohnye la kan. korang yang kat UNI tu. budak yang korang minat tu ntah ke mana ntah yang korang memang tak tahu dia ke mana after habes SPM.then, tiba2 korang terserempak ngan budak sebijik macam dia kat UNI korang. then satu course and satu kelas lagi.

SO,APA YANG AKAN KORANG BUAT BILA BENDA MACAM NIE JADI KAT KORANG ???

bagi aku la, the past is the past
just think about the future
history will give us strength to survive
7 bulan korang boleh tahan
takkan la baru nampak PELANDUK 2 SERUPA,
korang dah down
jangan pulak nampak sama je
korang nak usha
tak kesah la laki ke pompan
tak payah la.
memang sakit bila korang kena hadap muka orang yang sebijik macam muka si DIA tu. 
tapi be matured dear. 
muka kita memang ada yang sama. 
yang penting
jangan ikut hati, nanti mati :)



TAK ADA KENA MENGENA ANTARA  HIDUP DAN MATI









Monday 2 July 2012

ONE DAY WITHOUT SHOES : D


first time aku dengar , APA KEBENDA LA ONE DAY WITHOUT SHOES nie
SATU HARI TANPA KASUT ??
perggghhh . serius aku memang tak pernah dengar
but act aku yang ketinggalan
rupa-rupanya negara lain mmg dah buat benda nie every year
korang tahu tak amende tu ??
kalau korang tak tahu ,
gi search kat youtube
nanti korang tahu la
aku malas nak explain panjang2
act nie event kolej aku sempena 'EXPRESSION OF SOUL'
sorie lambat update event nie
busy 24 hours kan

PICTURE CAN BE LOUDER THAN WORD :)

kitorang tulis atas jalan kat sume blok kolej and sepanjang jalan tar :)



naksangatposingatasjalan >.<




smiley tu special . blok kolej aku je ade : D

semangat kan. round sume blok kolej nak design bnde nie je


memang snap pic kat kaki je la kan. without shoes tu.

after event masing2 snap pic kaki tanpa kasut

dah2 la tu miza


semangat nye aku !!!



special bar kod for urusetia
NOT FOR SALE oke
limited edition








tengah event sempat lagi member2 aku posing

after event :)
after this,ktorang bertungkus lumus pulak tolong susun kerusi tok event malam
FATIMAH SYARHA datang oke (excited giler)
with her husband and guess what ??
aku dapat signature FATIMAH SYARHA
kat novel 'SEINDAH MAWAR BERDURI'
tak caye ??

see . nampak kan . tak sempat nak snap pic. dy tengah makan =.=
oke lah..
mata dah macam kena gantung dengan mesin jahit
esok lecture kol 8 pulak
naseb la miza.
dah la lambat update
maaf 
saya kan TETTTT !!
sibuk mengalahkan perdana menteri

ASSALAMUALAIKUM