Saturday 8 December 2012

CINTA HIGH CLASS 1

ASSALAMUALAIKUM

aku nak share sikit dari pembacaan aku . pembacaan dari novel Fatimah Syarha dan Dr. Farhan Hadi .

InsyaALLAH , aku akan share sikit demi sedikit . kalau nak tahu cerita sepenuhnya , belilah novel CINTA HIGH CLASS . Seriously , sangat terbaikk !!!

Aku hanya nak selitkan ayat-ayat yang aku rasa sesuai untuk diri aku sendiri dan Muslimah di luar sana :)

for today :

"Jika lelaki anggap kita sebagai teman wanita , itu tanda dia sedang beri cinta murahan . nak pandu uji sahaja . Takpun , touch and go"


"Jika Lelaki muliakan kita dengan pangkat isteri , itu baru tandanya dia jujur mencintai "







Friday 7 December 2012

BARU KAU TAHU LIFE TU APA

ASSALAMUALAIKUM

First of all , entry aku kali ini takde kena mengena antara hidup dan mati . sekadar ingin berkongsi apa yang aku tengah rasa sekarang . seriously ikhlas dari hati aku , aku malas tersangat sangat sangat sangat nak update blog aku nie . tapi aku rasa nak menaip walaupun aku dah puas menaip untuk buat paperwork . sebelum nie buat paperwork , 'cincai boncai' hantar kat HEP , then lulus . but now , baru aku tahu buat paperwork yang sempurna tersangatlah susah. Kena tapis dengan Pegawai Pembangunan Pelajar dulu . Tapis dan tapis dan tapis sampai la kau punye bajet untuk program cecah underground baru lah boleh proceed . 

Pesanan kat adik adik di luar sana *macam la kakak sangat , nanti dah masuk Universiti, jangan jadi pasif ehh . korang join je apa-apa program . Semua tu pengalaman yang korang akan bawak keluar nanti . kalau korang cari kerja pun , dia minta pengalaman . Kalau korang dah tua , orang dah tak tanye dah result UPSR kau bpe , PMR kau, SPM kau dulu dapat bpe :) 

Allah dah bagi setiap manusia 24 jam . so , takde alasan tak sempat . kalau semua orang cakap tak sempat , alamat Universiti korang kaku dan membisu la jawabnya sebab takde sape sanggup untuk manage event . pandai-pandai la bahagi masa . insyaAllah , akan dipermudahkan segala urusan kalau kita bergantung pada Yang Esa. 

# pengalaman itu mengajar erti kehidupan . 


Sunday 2 December 2012

RESPONSIBLE VS STRESS !!

ASSALAMUALAIKUM

Aneh kan title entry aku kali nie . tapi sebab blog aku , suka hati aku la nak letak title ape . kalau sudi , sila baca . kalau tak sudi , baca je la . membaca kan amalan mulia . kalau FOLLOW blog aku , lagi aku sukaaa  :)

semester baru dah start . tapi hari khamis aku dah sampai UiTM . untung lah budak budak lain balik hari ahad . Sebelum aku terlupa , selamat menjalani semester baru untuk semua budak diploma UiTM di seluruh pelusuk Malaysia . Aku tahu korang mesti dah bosan membesarkan badan kat rumah kan . Have fun la korang dengan lab report , assignment , test , quiz dan bla bla bla yang sewaktu dengannya lepas nie .



Amacam timetable kelas korang ?? best tak ?? aku punye macam erggghhhhh ... paham paham sendiri la . Sumpah tak best langsung . Yang penting semester nie dah semestinya jadi semester yang paling sibuk yang akan aku pernah lalui . tanggungjawab dah makin berat . dah jadi setiausaha untuk Jawatankuasa Perwakilan Kolej (JPK) nie , hidup aku akan dipenuhi dengan paperwork je la lepas nie . takut gilerrr nak pikul benda nie . bak kate PPP aku , cik farah .. RAMAI TAK SUKA SEORANG PEMIMPIN . Jadi seorang pemimpin kena tabah , disiplin , dan matlamat mesti khusus .

dan wahai blog kesayanganku , sori ae kalau aku tak sempat nak bersihkan sawang sawang yang akan menguasai tulisan aku . aku janji , kalau aku ada masa , aku update ae . TUAN kau nie takkan biarkan kau sendirian sebab TUAN kau pun sendirian . dengan kau je dia nak bercinta . tapi dia terpaksa menduakan kau sebab PAPERWORK dah ngorat dia . So, dia dah cair ngan PAPERWORK tu . terpaksalah bercinta '2 in 1' . tapi kau jangan risau , TUAN kau takkan tinggalkan kau kalau kau tak tinggalkan dia . 


sikit je nie 

aku tak nak jadi macam nie

no stress at all !!
# jangan cakap aku sombong kalau aku tak tegur orang , sebab aku hanya perlu senyum untuk semua orang :) *tiba-tiba