Jangan Jadikan Mata Kita Seperti Mata Lalat Yang Melihat Negatif, Jadikan Lah Mata Kita Seperti Mata Lebah Yang Sentiasa Melihat Benda Yang Positif

Friday, 29 June 2012

KETAWA DAN AIR MATA

ASSALAMUALAIKUM THERE : D

oke. before aku merapik dengan panjang lebar sampai korang pun tak nak bace , aku nak tanye korang. Pernah tak korang rase sedih tiba2 ?? and tak sampai 2 minit korang boleh je gelak ngan kawan2 korang ?? kadang2 aku pun curious gak. ade jugak manusia KETAWA sampai keluar AIR MATA ?? (tak sedar dirisendiri gelak pun macam tu).. nak kata AIR MATA tu adik kepada KETAWA yang sentiasa  jadi ubat untuk AIR MATA gembira tak jugak . Tapi korang nampak tak AIR MATA dengan KETAWA tu macam adik beradik . aku rase ye kot. KENAPA aku cakap cmtu ?? suka hati aku la. aku yang rase. kalau korang taknak rase macam tu, depend on korang la. Pendapat orang kan lain-lain. 

act aku pun tak tahu nak cakap ape pasal KETAWA dan AIR MATA nie. tapi rase nak update gak blog nie. so aku pun tulis la bnde merepek nie. harap korang tak bosan. 

bak kate orang hidup macam roda. kejap naik kejap turun. hidup jugak macam cuaca. kejap panas, kejap mendung kejap hujan kejap ribut kejap petir kejap guruh. macam2 la. tapi kita kena ingat sesuatu, mungkin apa yang jadi kat kita sume ujian dari ALLAH. kadang2 ALLAH bagi kita gembira. tapi kita tak sedar sebenarnya tak sampai 5 minit kita gembira mugkin ada musibah yang akan jadi. 


tapi kita kena kuatkan hati
dan pesan pada hati masing2
ujian ALLAH 
tanda ALLAH sayangkan kita
keluarnya AIR MATA tidak bermakna kita sedih
kita menangis jugak tak bermakna kita LEMAH
its bcoz you've been strong for too long
dan KETAWA tidak bermakna seseorang itu gembira
tapi ketawa tanda kita tahu untuk kawal perasaan kita
so korang mesti alert dengan kawan2 korang
jangan jadi sahabat kalau sahabat kita sedih pun kita tak tahu
sampai mase kita nanti
confirm takde sape nak tanye
MAHAP kalau kasar sangat
tapi itulah hakikatnye


SOMETIMES ALL YOU CAN DO IS LAUGH,TO KEEP YOURSELF CRYING

AND PLEASE BE HONEST WITH PEOPLE WHO LOVE YOU

SMILE TO ME, AND I WILL SMILE BACK TO YOU :)


Sunday, 24 June 2012

2 in 1

ASSALAMUALAIKUM

hye everyone
actually aku nak cakap macam2
tapi memandangkan MY BABY (laptop) baru format
and baru dapat semalam dr my dad
so tak dapat nak update 2 minggu nie
so aku cite bnde yang paling latest la
and act aku nak update semalam
tapi semalam tersangat la letih =.=
pagi ade netball
ptg family datang pulak
and malam ade ceramah 'FREEMASON(THE ARRIVAL OF DAJJAL)'
and ceramah tu tersangat lah awesome
sampai lupa sume penat
and balik kolej terus tumbang
tak sempat nak tulis pape
ape  AKU merepek nie..
title 2 IN 1.
 nie tkde kena mengena pun.   =.=
cer sabo ckit.aku nak cite la nie.

semalam sukan antara program kat UiTM aku and aku cuma nak bagitahu team aku JOHAN.(jgn nak riak sgt la kan.)ALHAMDULILLAH. Johan game ape ??? hmmmm. netball je la. aku tak reti nak main futsal.kaki bangku.nak main bola tampar pulak,tak tahu macam mane nak cari team.Kebetulan my 'angah' ada masuk PIDATO semalam jugak. under Puteri Islam(PPIM) daerah KLANG. And dia dapat tempat ke-3. so, in one day, saya dan my angah dah dapatkan satu medal dan satu trophy to my dad and mom. Even my angah dapat no-3, im very proud of her bcoz she's the only one form 3 yang masuk. Mostly sume form 5. Kalah pun dgn budak KISAS and CONVENT KLANG. no wonder la.tapi sebab aku dapat medal hari nie, aku tak dapat la nak snap pic same2 ngn my angah. engat nak snap with ours medal and trophy.tapi nie je yang aku dapat snap.

angah with mimie
dua dua adik aku
pic goyang sikit
amek dalam kereta*excited giler nak snap pic


luv them <3
aku takde  dalam pic =.=




medal teammate aku
sedih sebab tak dapat snap pic satu team



medal yang sama.
yang membezakan belakang ngan hadapan medal tu :D
nampak kan 2 IN 1. 
and congrates jugak kat sume participant yang masok SAP nie especially budak2 DIPLOMA IN SC(DIS) sebab berjaya kalahkan program lain. huhuhu. unexpected. rupanya kita dah sapu 8 emas. memang menang sipi giler ngan budak AGROTECH yang dapat 7 emas. tapi cngrates gak kat budak AGROTECH sebab korang menang anugerah khas :)
 korang memang layak dapat anugerah tu. aku solute giler korg punye komitmen and semangat sukan korang. keep it up .

oke. aku dah ngantok.

ASSALAMUALAIKUM ....


Saturday, 16 June 2012

Tertikam, Menikam Atau Ditikam ??

hai sweety..
actually aku tengah bosan
first week lepas habes semester break kan
lecturer pun tak ngajar lagi
assignment pun tak BERTIMBUN lagi
housemate pun sume lesap
bosan duduk sorang2
aku bersihkan la blog aku yang dah nak berhabuk nie
so, aku nak cite sikit pasal TERTIKAM,MENIKAM or DITIKAM
what ?? korang nak cakap im a murderer ?? 
plizz talk to my hand
im not a murderer oke
im only a student forever ever
lagipun aku tak tuntut ilmu nak tikam tikam orang nie lagi la..
tapi bagi korang, bila kita sebut pasal tikam nie, memang fizikal boleh nampak ae ??
absolutely not......
tikam tak semestinya guna pisau parang o whatsoever
tikam pun boleh juga guna mulut..dunia dah maju la sayang sayang sume
tikam guna FACEBOOK TWITTER  or  APA-APA je la seumpama dengannya pun boleh
tapi korang tahu tak, tikam yang macam nie lagi bahaya
memang tak mati tapi kemungkinan besar orang yang korang tikam tu sakit tanpa ada ubat yang boleh diubati kecuali kemaafan,,
'so, maafkan je la..'
hamboi2.. senang hangpa cakap ..maafkan.. tapi korang tahu dalam hati dy macam mana. mungkin dorang cakap dorang dah maafkan. tapi hati manusia la bro. bukan senang nak maafkan orang yang dah tikam dorang...

so, maksud aku post benda alah nie yang mungkin tak berguna untuk sesetengah pihak, tapi aku nak cakap sikit..tolonglah wahai makhluk makhluk ciptaan ALLAH sekalian

hangpa dah diberi akal, tolonglah guna, jangan simpan sampai berUBAN. cakap jangan sebarang cakap. especially kat kawan kita sendiri. depan dia pijak semut pun tak mati, tapi belakang dy, korang kutuk macam tak pernah kenal dy. tolonglahhh. korang sanggup ke tengok kawan2 korang suffer sorang sorang. mase text by phone semua oke, tapi bila bukak laman sosial, masyaALLAH .. menangis kawan korang tu baca status update korang pasal dy.. tolong alert perasaan orang laen. masa susah korang mesti cari kawan2 korang tapi masaa senang korang tak pernah peduli perasaan dorg.ape ke halnya la masalah korang nie.. aku tak tahu la pulak dalam organ korang takde organ yang bernama HATI sampai korang sanggup buat macam tu ..

aku nak pesan kat 3 golongan nie je la..
                   
----> golongan yang MENIKAM
# udah udah ler tu menikam orang. tak baik hangpa tau tak. bawak bawak la bertaubat. baik korang mintak maaf kat orang yang korang tikam tu secepat yang mungkin. sebab hari esok belum tentu ada untuk kita


----> golongan yang DITIKAM 
# kalau orang yang menikam korang dah sedar  salah dorang and datang kat korang minta ampun, maafkan je la. takyah simpan lame2. bernanah nanti parah pulak.and jangan suffer sorang sorang. tell your crying shoulder

---->golongan yang TERTIKAM
# aku tahu korang tak sengaja nak tikam kan.. tapi tak salah kalau korang mintak maaf je kat orang yang korang rase korang tikam tu. oke ??

jangan terasa jika anda bukan golongan di atas. saya cuma mengingatkan untuk sesiapa yang baca dan untuk diri saya sendiri. Tidak ada kena mengena antara yang hidup ataupun yang mati. PEACE NO WAR :D

and aku pun bukannya baik sangat . dengan ini, saya dengan rasa rendah diri ingin memohon ampun dan maaf kat kawan kawan saya either sekolah menengah or sekolah rendah and the latest.. my friends at my UNI.. aku pun suka cakap lepas gak, tp insyaALLAH aku takkan cakap buruk belakang my BESTIE aku even ktorang gadoh. sayang kau sahabatku <3

YANG BAIK DATANGNYA DARI ALLAH 
YANG BURUK DATANG DARI KEKHILAFAN DIRI INI SENDIRI

Sunday, 3 June 2012

CITA_CITA VS CINTA ??


korang msti teruja giler kan ngan title kat ats tu ??
alaaaa . korg msti pantang kan nampak 'CINTA'
tapi kalau pasal cita-cita,
mesti bosannnn   =.=
so, aku nak cakap pasal dua2
korg nak ke taknak ke
suka hati aku la
aku punye blog .
*hahaha
aku nak tanye
mane penting ??
CITA_CITA @ CINTA ??
for me la kan,
of course la cita-cita
kenapa pulak aku pilih 'CITA-CITA' ??
suka hati aku la
ihik..ihik..ihik...
oke2 . cmnie . tok yang dah tua-tua kan
korg engat tak dulu
zaman sekolah rendah


          CIKGU : murid-murid..nanti kamu dah besar, apa cita-cita kamu ??
          MURID: saya askar cikgu. saya nak jadi polis .saya nak jadi cikgu 
                         la cikgu .(standard answer)

betul tak ??
tapi ada ke cikgu tanya

       CIKGU : kamu dah besar nanti nak kawen dengan sape ?? nak kawen umur bape ?? 
       MURID : ?????????!!! =.= 

so, korang nampak kan, which one yang most important
aku cuma nak cakap kat korang
walau macam mane pun korang CINTA kat someone tu
bilamana dia bukan jodoh korang
dia tetap bukan jodoh korang
korang bayangkan lah
korang sayang giler kat someone nie
sampai study korang ntah ke mana
tup..tupp..
korang kena tinggal ngan dorang
TERBAIK weyh !!
cita-cita ntah ke mana 
CINTA ntah ke mana
bukan aku cakap cinta itu tak boleh
tapi agak2 la
jangan sampai melalaikan hati(pengalaman sendiri)
jangan orang dok kate korang dah cam laki bini
CINTA itu fitrah manusia
tapi cinta dalam ISLAM ada batas2 nya





bukanlah nak cakap kaum hawa je
kaum adam pun kena jaga
jangan kerja nak ngorat anak dara orang
kalau bukan niat untuk jadikan kaum hawa isteri
makan minum pun mak bapak tanggung
ada hati nak bawak anak dara orang ke hulu hilir


 CITA-CITA ngan CINTA tu sangat berkait rapat
tak boleh dipisahkan
ada orang cakap '' alaaa . aku bercinta tok bagi aku lagi bersemangat nak belajar''
yeaa . aku memang akui
sesetengah orang memang menganggap benda tu betul
tapi berkat ke tak ape yang korang buat tu
kalau korang kena tinggal ngn BF o GF korang time nak exam,
tak ke merana...(berdasarkan pengalaman)
CARI LAH CINTA YANG HALAL DISISI ALLAH
(muhasabah diri sendiri kejap)
nak dengar cita best ??
baca post dari FATIMAH SYARHA nie
KLIK SINI




bukan nak cakap diri ini baik
kerana aku pun pernah lalai ngan cintan cintan nie
but mungkin ALLAH nak uji hubungan aku dengan Dia
and aku sedar cinta tak bawak ke mana pun
bercinta 10 taon pun
kalau dy bukan jodoh korang
putus jugak
janji korang jangan buat kerja gila
putus cinta je, bunuh diri
tak cium bau SYURGA beb !!
baek la korang bertaubat.. doa dapat jodoh yang baik2
lagi bagus..
oke ???
yang baik datangnya dari ALLAH
yang buruk dari kekhilafan diri ini..


ASSALAMUALAIKUM <3



Friday, 1 June 2012

LELAKI PUPUS ??

what ??
lelaki pupus ??
macam mane aku nak kahwin nie ??
aku taknak jadi ANDARTU..
ANDALUSIA..
see ..
kenapa mostly girl yang kat dunia nie boleh ckp mcm nie
kenapa ?? korang nak tahu kenapa ??
oke ....
SEBAB-SEBABNYA IALAH :-

1) korang pergi lah semua UNI ,either IPTA o IPTS . kalau dalam kelas tu , mesti sorang o dua org je lelaki . kalau ramai pun tak lebih sepuluh. tak caye ?? TEKAN SINI

dah caye dah ?? oke  .... tak caye lagi .. nak lagi ??

2) korang tgk nie pulak ..


korang nampak tak ?? 17 orang je lelaki diploma sains ???
mane perginya semua lelaki nie ??

tapi.......yang paling aku pelik . korang tengok statistik nie pulak .

and korang tengok nie pulak 


mana perginya kaum adam yang ramai tu
sampai kat UiTM aku pun 10 kolej, 3 kolej je lelaki punye
sedarlah wahai kaum adam
anda pemimpin dunia
anda pemimpin keluarga
takkan korang nak suruh bini korang pelak jadi imam
takkan korang nak suruh bini korang keje
korang dok goyang kaki kat rumah
masak pun belum tentu tahu
goreng telur ngan masak air
budak tadika pun reti
bukan nak kondem or anything
but nak ingatkan kaum adam kat luar sane
cuba korang bagitahu aku .
KENAPA ??

oke.. BYE . ASSALAMUALAIKUM :)