Jangan Jadikan Mata Kita Seperti Mata Lalat Yang Melihat Negatif, Jadikan Lah Mata Kita Seperti Mata Lebah Yang Sentiasa Melihat Benda Yang Positif

Thursday, 15 November 2012

BERUBAHLAH . BERAZAMLAH

ASSALAMUALAIKUM . .  :)

Senyum dulu baru teruskan bacaan ye :)
Ramai antara kita yang lupa akan satu muharram merupakan tahun baru islam . tapi kita tidak pernah lupa akan satu januari . kenapa jadi begini ?? tepuklah dada, tanyalah iman . 

Maal hijrah merupakan satu sambutan untuk menghayati peristiwa hijrah Nabi Muhammad S.A.W dari mekah ke yathrib atau kini dikenali sebagai madinah . 

Pada kebiasaanya malam awal tahun seluruh umat islam akan membaca doa akhir tahun sebelum maghrib sebanyak 3 kali dan doa awal tahun akan dibaca selepas solat maghrib sebanyak 3 kali . 

Pesanan buat sahabat sahabat dan diri yang khilaf ini , 

Bergantunglah harapan kepada Allah agar amalan yang kita lakukan diterima dan menjadi benteng penyelamat di akhirat kelak . Berazamlah untuk berubah menjadi lebih baik dari tahun sebelumnya . niat kan di dalam hati , tanamkan azam yang tinggi untuk berhijrah daripada kemungkaran kepada kebaikan . berhijrahlah untuk jadi lebih baik di sisi Allah . Ingatlah , Allah tidak pernah lupa akan hamba hambaNya tetapi , hamba-hambaNya yang sering alpa sehingga melupaiNya . 



0 pujian kutukan:

Post a Comment