Wednesday 24 July 2013

#1impian


hujan membasahi bumi . disertakan dengan angin yang kencang . terlihat ramai pelajar sedang menanti hujan reda . payung masih berada di tangan . belum terbuka untuk meredah hujan . semakin ramai pelajar yang baru turun daripada bilik masing-masing untuk ke kelas . masing-masing teragak-agak untuk meredah hujan yang kelihatan semakin lebat . terlihat si dia yang sedang termenung .


mengharap kehadiran yang tersayang . yang tersayang yang membawa kereta . yang boleh mengambil si dia yang tidak ingin menempuh hujan yang lebat . si dia yang tidak mahu basah walau dengan setitis air hujan . walaupun payung kelihatan di tangannya . menanti . dan terus menanti . tetapi apa yang pasti , impian hanya tinggal mimpi yang takkan menjadi realiti . si dia kelihatan berputus asa . payung dibuka . hujan yang lebat dirempuh . kasut dibasahi dengan lopak-lopak air . menyerap hingga ke stoking yang berada di dalam kasut . separuh jalan si dia berhenti . masih mengharap insan tersayang . memerhatikan kereta yang masuk ke kawasan kolej . masih tiada . diam . setiitis demi setitis air jernih mengalir di kelopak mata . jari menahan air mata agar tidak menitis lagi . hati menahan supaya diri menjadi kuat . menjadi kuat untuk insan yang memang ditakdirkan untuknya . semoga insan yang tersayang yang memang tercipta untuk si dia berada dalam keadaan selamat . selamat dalam menjaga iman . selamat dalam menjaga ikhtilat . berdoa agar kenangan lama mati dibasahi hujan . ditelan masa . semoga kenangan yang indah muncul seperti mana pelangi yang indah muncul selepas hujan . 



# kadang-kadang, sesuatu yang datang adalah ujian . ujian untuk menguji kita supaya menjadi lebih dekat dengan pemilik sebenar hati kita iaitu si Dia yang Maha Esa . 


No comments:

Post a Comment