Jangan Jadikan Mata Kita Seperti Mata Lalat Yang Melihat Negatif, Jadikan Lah Mata Kita Seperti Mata Lebah Yang Sentiasa Melihat Benda Yang Positif

Sunday, 28 October 2012

TIPS UNTUK MENJADI PELAJAR CEMERLANG


ASSALAMUALAIKUM :)

aku nak tanya sikit kat korang yang terbaca blog aku nie . 
setiap hari apa yang korang buat kalau korang free ??
tido ?? online FACEBOOK ??  TWITTER ??  BLOGGING ?? opppssss . . . hehehe
motif sangat kan blogging tu . 

oke oke . balik kepada tajuk asal . aku nak suruh korang amalkan beberapa perkara setiap hari . alaaa . benda nie mudah je . budak TADIKA pun boleh buat . malu la kalau kita yang dah TUA-TUA nie malas nak buat atau tidak ada usaha langsung nak buat . Amalan nie aku tahu masa dah nak final . pihak UiTM aku jemput sorang motivator masa kitorang study week . time aku semester 2 kalau aku tak silap . nama notivator tu USTAZ MOHD KHUSHAIRI BIN CHE ISMAIL . . fuyooo . aku ingat lagi nama penceramah tu . hebat betul ingatan aku nie . hahaha . tak la . aku kalau pergi apa apa ceramah mesti bawak satu buku khas untuk aku catat apa apa yang penting . korang pun boleh buat biar tak lupa apa yang dah disampaikan . memang tak la aku nak ingat semua nama penceramah yang datang . ramai kott . tapi apa yang kita kena ingat ialah ISI setiap ceramah yang disampaikan . 

Antara amalan-amalan ( buat setiap hari tau ) yang Ustaz Khushairi nie bagi masa Ceramah di Ambang Peperiksaan ialah :

1) Of course la cukup solat 5 waktu dan solat di awal waktu .

2) Amalkan membaca surah AL-INSYIRAH 7 kali setiap pagi . masa korang jalan kaki atau naik motor atau naik kereta atau seumpama dengannya la untuk menuju ke destinasi masing-masing sama ada ke kelas atau ke tempat kerja atau ke mana hala tuju anda . surah nie pun afdhal dibaca selepas solat fardhu . Fadhilatnya ialah dapat mempermudahkan segala urusan dan dimurahkan rezeki . renungkan maksud setiap perkataan surah nie oke  >_<
  
                             


Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani

(1) Bukankah Kami telah melapangkan bagimu: Dadamu (wahai Muhammad serta mengisinya dengan iman dan hidayat petunjuk)?
(2) Dan Kami telah meringankan daripadamu: Bebanmu (menyiarkan Islam);

(3) Yang memberati tanggunganmu, (dengan memberikan berbagai kemudahan dalam melaksanakannya)?

(4) Dan Kami telah meninggikan bagimu: Sebutan namamu (dengan mengurniakan pangkat Nabi dan berbagai kemuliaan)?

(5) Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan,

(6) Bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan.

(7) Kemudian apabila engkau telah selesai (daripada sesuatu amal soleh), maka bersungguh-sungguhlah engkau berusaha (mengerjakan amal soleh yang lain),

(8) Dan kepada Tuhanmu sahaja hendaklah engkau memohon (apa yang engkau gemar dan ingini).



3) Solat Sunat Dhuha dan amalkan surah Al-Mathsurat . insyaALLAH segala yang kita nak buat setiap hari dipermudahkan dan dimurahkan rezeki .

4) Amalkan menyebut nama Allah 'YA HAYYU (yang Maha Hidup) YA QAYYUM' (yang Maha Menegakkan ) ( 11x sebelum belajar dan sebelum tidur ) . Zikir ini insyaAllah kita akan diberi panjang umur , terpelihara iman dari sifat musyrik dan munafik dan dijauhkan dari mara bahaya . 

5) Jangan menyakiti , mengumpat atau menfitnah orang lain . 

6) Study secara berkumpulan atau study group . tapi study group versi Ustaz Khushairi bagi aku unik . 1 lelaki 4 perempuan . bukan bermakna lelaki tu boleh kahwin 4 yea . korang kalau bab tu laju je kan . kalau fikir balik kenapa macam tu , aku pun rasa logik jugak . tapi yang penting , jangan lebih 5 orang . paling tinggi pun 6 orang la . 

7) Kalau waktu petang , sesuai study kat tempat bising . pelik kan ??? mula mula dengar Ustaz cakap memang la pelik . tapi bila beliau huraikan kenapa , boleh la consider sikit cara tu . Cara tu akan buat korang lebih fokus dengan apa yang korang tengah baca and korang boleh hafal kuat-kuat sebab takde sape peduli . tapi baik untuk subject kira-kira la kalau waktu petang nie . boleh la korang hafal formula apa apa . kalau korang study subject bio ke , chemistry ke , memang tak masuk satu apa la kan kat kepala dengan suasana bisingnya .

8) Waktu malam sesuai untuk subjek menghafal . sebab tenang je . tak letih . 


Tu je la tip-tip yang aku boleh kasi kat korang . kalau aku dapat input baru , aku update ok . all the best kepada sesiapa yang nak exam tu . biar korang failed dengan effort yang mantap , jangan failed sebab korang memang malas . korang akan menyesal . kegagalan itu bukan pengakhir sebuah kehidupan , tetapi kegagalan itu guru untuk maju ke hadapan . 



2 comments:

  1. salam awak...thanx 4 sharing this entry....dapat ilmu baru harinie....salam ukhuwah....;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. w'salam . most welcome dear . selamat berkenalan . keep follow my entry ya :)

      Delete