Jangan Jadikan Mata Kita Seperti Mata Lalat Yang Melihat Negatif, Jadikan Lah Mata Kita Seperti Mata Lebah Yang Sentiasa Melihat Benda Yang Positif

Sunday, 21 October 2012

Itu Semua Dulu . Tapi Sekarang ???



Kalau dulu saya tahu jadual kelas awak
Tapi sekarang satu kelas awak pun saya tak tahu

Kalau dulu saya tahu bila awak cuti
Tapi sekarang saya tak tahu langsung bila awak cuti

Kalau dulu awak selalu ada bila saya ada masalah
Tapi sekarang awak dah tidak ada untuk dengar masalah saya

Kalau dulu awak sentiasa ada ayat "Good Luck Awak" bila saya ada test atau quiz
Tapi sekarang susah saya nak dengar ayat tu dari awak

Kalau dulu , bila test atau quiz atau exam saya susah, awak ada untuk saya cerita betapa susahnya soalan
Tapi sekarang awak tidak ada untuk saya cerita semua itu

Kalau dulu awak akan bagitahu saya awak nak pergi mana
Tapi sekarang saya tidak tahu awak ada dekat mana

Kalau dulu saya happy bila awak ada
Tapi sekarang saya sedih bila awak tidak ada

Kalau dulu awak kongsi setiap kegembiraan awak dengan saya
Tapi sekarang saya tidak tahu bila awak gembira

walaupun itu semua dulu , walaupun saya tak tahu kelas awak pukul berapa , walaupun saya tidak tahu awak cuti bila , walaupun saya tidak tahu awak ada masalah atau tidak , walaupun saya jarang dengar kata-kata semangat dari awak , walaupun saya tidak tahu bila awak exam , walaupun awak tidak bagitahu awak pergi mana , walaupun awak gembira bila saya tidak ada , walaupun awak gembira tanpa saya , 

TAPI SAYA NAK AWAK TAHU

saya sentiasa doakan kebahagiaan awak walau di mana awak berada . saya gembira sebab saya tidak perlu sms atau call awak . Awak nak tahu kenapa ?? Sebab saya tahu ALLAH itu Maha Mendengar . So , saya hanya luahkan pada Dia je untuk sampaikan rindu saya pada awak . sebab bagi saya sms atau call semua tidak penting . itu lebih mendekatkan kita ke arah maksiat . so, saya nak awak tahu  walaupun saya tidak sms awak , tidak semestinya saya lupakan awak . saya hanya berserah kepada takdir Allah . saya sentiasa doa , jika awak jodoh saya , satukan hati awak dengan hati saya dengan ikatan yang halal di sisiNYA . Tapi saya juga berdoa agar rasa rindu yang hadir ini tidak melalaikan hati saya dan tidak melebihi rindu saya kepadaNya . 

Saya cuma ingin menjadi bidadari dunia yang lebih baik dari semalam . Saya hanya ingin menjadi seorang isteri yang sejati untuk seorang suami yang boleh memimpin saya ke jalan ALLAH kerana janji ALLAH itu pasti . 

Wanita-wanita yang keji adalah untuk laki-laki yang keji, dan laki-laki yang keji adalah buat wanita-wanita yang keji (pula), dan wanita-wanita yang baik adalah untuk laki-laki yang baik dan laki-laki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik (pula).” (An Nuur: 26)


* kepada AWAK , saya harap 'AWAK' yang saya maksudkan tu terasa la yea   >_<






6 comments:

  1. moga dia juga merasa apa yang awak rasa...moga bahagia awak dan dia...sabarlah ya :')

    ReplyDelete
  2. awesome! Sggh Allah telah menaikkan kamu bbrape darjat diatas kesabaran kamu :D~

    ReplyDelete
    Replies
    1. amin . kalau bukan dia untuk aku, mungkin ada yang lebih baik ALLAH ciptakan untuk aku . yang boleh pimpin aku :)

      Delete
  3. awak jangan sedih...sume ni ade hikmah...mungkin Allah akan bagi yang lagi baik utk awak....:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak sedih sangat dah . insyaALLAH . saya harap macam tu la . pray for me ya :)

      Delete