ASSALAMUALAIKUM :)
aku nak tanya sikit kat korang yang terbaca blog aku nie .
setiap hari apa yang korang buat kalau korang free ??
tido ?? online FACEBOOK ?? TWITTER ?? BLOGGING ?? opppssss . . . hehehe
motif sangat kan blogging tu .
oke oke . balik kepada tajuk asal . aku nak suruh korang amalkan beberapa perkara setiap hari . alaaa . benda nie mudah je . budak TADIKA pun boleh buat . malu la kalau kita yang dah TUA-TUA nie malas nak buat atau tidak ada usaha langsung nak buat . Amalan nie aku tahu masa dah nak final . pihak UiTM aku jemput sorang motivator masa kitorang study week . time aku semester 2 kalau aku tak silap . nama notivator tu USTAZ MOHD KHUSHAIRI BIN CHE ISMAIL . . fuyooo . aku ingat lagi nama penceramah tu . hebat betul ingatan aku nie . hahaha . tak la . aku kalau pergi apa apa ceramah mesti bawak satu buku khas untuk aku catat apa apa yang penting . korang pun boleh buat biar tak lupa apa yang dah disampaikan . memang tak la aku nak ingat semua nama penceramah yang datang . ramai kott . tapi apa yang kita kena ingat ialah ISI setiap ceramah yang disampaikan .
Antara amalan-amalan ( buat setiap hari tau ) yang Ustaz Khushairi nie bagi masa Ceramah di Ambang Peperiksaan ialah :
1) Of course la cukup solat 5 waktu dan solat di awal waktu .
2) Amalkan membaca surah AL-INSYIRAH 7 kali setiap pagi . masa korang jalan kaki atau naik motor atau naik kereta atau seumpama dengannya la untuk menuju ke destinasi masing-masing sama ada ke kelas atau ke tempat kerja atau ke mana hala tuju anda . surah nie pun afdhal dibaca selepas solat fardhu . Fadhilatnya ialah dapat mempermudahkan segala urusan dan dimurahkan rezeki . renungkan maksud setiap perkataan surah nie oke >_<
2) Amalkan membaca surah AL-INSYIRAH 7 kali setiap pagi . masa korang jalan kaki atau naik motor atau naik kereta atau seumpama dengannya la untuk menuju ke destinasi masing-masing sama ada ke kelas atau ke tempat kerja atau ke mana hala tuju anda . surah nie pun afdhal dibaca selepas solat fardhu . Fadhilatnya ialah dapat mempermudahkan segala urusan dan dimurahkan rezeki . renungkan maksud setiap perkataan surah nie oke >_<
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani
(1) Bukankah Kami telah melapangkan bagimu: Dadamu (wahai Muhammad serta mengisinya dengan iman dan hidayat petunjuk)?
(2) Dan Kami telah meringankan daripadamu: Bebanmu (menyiarkan Islam);
(3) Yang memberati tanggunganmu, (dengan memberikan berbagai kemudahan dalam melaksanakannya)?
(4) Dan Kami telah meninggikan bagimu: Sebutan namamu (dengan mengurniakan pangkat Nabi dan berbagai kemuliaan)?
(5) Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan,
(6) Bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan.
(7) Kemudian apabila engkau telah selesai (daripada sesuatu amal soleh), maka bersungguh-sungguhlah engkau berusaha (mengerjakan amal soleh yang lain),
(8) Dan kepada Tuhanmu sahaja hendaklah engkau memohon (apa yang engkau gemar dan ingini).
3) Solat Sunat Dhuha dan amalkan surah Al-Mathsurat . insyaALLAH segala yang kita nak buat setiap hari dipermudahkan dan dimurahkan rezeki .
4) Amalkan menyebut nama Allah 'YA HAYYU (yang Maha Hidup) YA QAYYUM' (yang Maha Menegakkan ) ( 11x sebelum belajar dan sebelum tidur ) . Zikir ini insyaAllah kita akan diberi panjang umur , terpelihara iman dari sifat musyrik dan munafik dan dijauhkan dari mara bahaya .
5) Jangan menyakiti , mengumpat atau menfitnah orang lain .
6) Study secara berkumpulan atau study group . tapi study group versi Ustaz Khushairi bagi aku unik . 1 lelaki 4 perempuan . bukan bermakna lelaki tu boleh kahwin 4 yea . korang kalau bab tu laju je kan . kalau fikir balik kenapa macam tu , aku pun rasa logik jugak . tapi yang penting , jangan lebih 5 orang . paling tinggi pun 6 orang la .
7) Kalau waktu petang , sesuai study kat tempat bising . pelik kan ??? mula mula dengar Ustaz cakap memang la pelik . tapi bila beliau huraikan kenapa , boleh la consider sikit cara tu . Cara tu akan buat korang lebih fokus dengan apa yang korang tengah baca and korang boleh hafal kuat-kuat sebab takde sape peduli . tapi baik untuk subject kira-kira la kalau waktu petang nie . boleh la korang hafal formula apa apa . kalau korang study subject bio ke , chemistry ke , memang tak masuk satu apa la kan kat kepala dengan suasana bisingnya .
8) Waktu malam sesuai untuk subjek menghafal . sebab tenang je . tak letih .
Tu je la tip-tip yang aku boleh kasi kat korang . kalau aku dapat input baru , aku update ok . all the best kepada sesiapa yang nak exam tu . biar korang failed dengan effort yang mantap , jangan failed sebab korang memang malas . korang akan menyesal . kegagalan itu bukan pengakhir sebuah kehidupan , tetapi kegagalan itu guru untuk maju ke hadapan .
salam awak...thanx 4 sharing this entry....dapat ilmu baru harinie....salam ukhuwah....;)
ReplyDeletew'salam . most welcome dear . selamat berkenalan . keep follow my entry ya :)
Delete