Tuesday 15 October 2013

TIDAK TIDAK

lampu di BB menyala-nyala
button lock ditekan
ada notification whatsapp
button open ditekan
dia lagi 
*mata juling ke atas*
aku reply tanpa perasaan
masih pertanyaan yang sama kau berikan pada aku
dan aku juga menjawab menggunakan jawapan yang sama seperti selalu
apabila soalan normal kau dah habis
kita akan diam
diam tanpa balasan apa-apa
kadang-kadang aku diam tanpa membalas
kadang-kadang engkau juga diam tanpa balasan
aku kira kau sudah bosan dengan aku
mungkin aku juga mula bosan dengan kau 
kau yang sering mencari aku dikala diri kau bosan tanpa teman
baruku tahu kini
temanmu yang engkau sayang telah pergi *tersenyum sinis*
pergi untuk mencapai cita-cita hati *study oversea kot*
bukan cinta hati
mungkin pergi tak kembali
mungkin juga akan kembali menagih janji
baruku tahu kini
mengapa engkau datang kembali
hanya ingin mengisi kekosangan hati 
hati kau bukan hati aku
maaf.. 
tidak..tidak..tidak..
tidak mungkin aku akan jatuh kembali setelah aku bangkit
itu janji aku selepas kau biarkan aku bangkit 
bangkit tanpa ada tangan lain yang menggapai
tidak dan tidak
aku tidak akan menerima kau kembali dalam hidup aku
hanya untuk menabur janji palsu


# kadang-kadang kenangan lama yang pahit perlu diikat mati agar kita tidak boleh meleraikan ikatan tersebut semula untuk melihat masa lalu yang pahit. Hanya seseorang yang benar-benar mengerti akan erti kepahitan sahaja yang mungkin dapat meleraikannya tanpa memutuskan ikatan tersebut agar kepahitan itu boleh diisi bersama-sama kemanisan untuk menjadi kenangan yang terindah